Mengendalikan risiko pendedahan koronavirus (COVID-19): Industri pertanian

Mencegah dan mengawal pendedahan pekerja kepada koronavirus (COVID-19) dalam industri pertanian.

Sekatan Tahap 4 dikenakan di Melbourne metropolitan dan sekatan Tahap 3 di wilayah Victoria

Di mana sekatan Tahap 4 'Tinggal di Rumah' dikenakan, bergantung kepada industri anda tempat kerja anda mungkin diperlukan untuk:

  • ditutup untuk kerja di tapak
    • kekal terbuka untuk kerja di tapak dengan Rancangan COVIDSafe yang telah dilengkapkan
      • tertakluk kepada operasi terhad atau kewajipan khusus industri.

        Sekatan ini boleh dikemas kini pada bila-bila masa. Anda mesti sentiasa mengikuti sebarang perubahan untuk industri anda.

        Sediakan Rancangan COVIDSafe

        Wajib bagi setiap tempat kerja yang beroperasi di tapak kerja di bawah sekatan Tahap 4 'Tinggal di Rumah' untuk mempunyai Rancangan COVIDSafe. Untuk tempat kerja yang beroperasi di tapak kerja di bawah sekatan Tahap 3 'Tinggal di Rumah', dinasihatkan untuk mempunyai Rancangan COVIDSafe.

        Rancangan COVIDSafe membantu perniagaan memenuhi syarat mereka di bawah arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Kesihatan Victoria (CHO).

        Perniagaan Victoria mempunyai maklumat mengenai Rancangan COVIDSafe, termasuk templat dan panduan.

        Bagaimanakah kewajipan OHS saya terjejas oleh sekatan tersebut?

        Tiada perubahan terhadap kewajipan anda di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 2004 (Akta OHS) dan Peraturan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 2017 (Peraturan OHS) akibat sekatan-sekatan tersebut.

        Persediaan rancangan COVIDSafe membentuk sebahagian daripada perkembangan sistem kerja yang selamat, walau bagaimanapun mempunyai Rancangan COVIDSafe dan mematuhi arahan CHO tidak semestinya bermakna bahawa anda telah mematuhi kewajipan anda di bawah Akta OHS dan Peraturan-peraturan OHS.

        Anda mesti mengikuti sebarang arahan kesihatan yang berkaitan dengan cara perniagaan anda mesti beroperasi dan juga memastikan bahawa anda memenuhi kewajipan anda di bawah Akta OHS. Pekerja-pekerja juga mesti mematuhi kewajipan mereka di bawah Akta OHS.

        Koronavirus (COVID-19) and pekerja-pekerja dalam industri pertanian

        Koronavirus (COVID-19) boleh menyebabkan penyakit pernafasan yang ringan sehingga teruk. Simptom-simptom yang paling biasa dilaporkan adalah:

        • demam
          • menggigil atau berpeluh
            • batuk
              • sakit kerongkong
                • sesak nafas
                  • hidung berair
                    • kehilangan deria bau atau rasa

                      Dalam beberapa keadaan sakit kepala, sakit otot, hidung tersumbat, mual, muntah dan cirit-birit juga boleh dipertimbangkan sebagai simptom koronavirus (COVID-19)).

                      Koronavirus (COVID-19) adalah berkemungkinan besar merebak dari orang ke orang melalui:

                      • hubungan rapat dengan orang yang dijangkiti
                        • menyentuh objek atau permukaan (seperti pemegang pintu) yang tercemar oleh seseorang yang dijangkiti

                          Untuk maklumat lanjut mengenai penularan dan simptom-simptom koronavirus (COVID-19),lihat laman web Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (DHHS) (pautan di bawah).

                          Pekerja bermusim, kontrak dan kasual adalah bahagian penting banyak tempat kerja dalam industri pertanian. Pekerja-pekerja ini mungkin khususnya mudah terdedah kepada  coronavirus (COVID-19) disebabkan oleh:

                          • bekerja, tinggal dan melancong dalam jarak dekat dengan orang lain
                            • corak kerja bermusim yang boleh mengakibatkan kekerapan bergerak antara tempat kerja dan tempat tinggal, dan peningkatan risiko penyebaran virus
                              • sifat sementara kerja boleh mengakibatkan pekerja tidak biasa dengan:
                                • polisi dan prosedur tempat kerja
                                • prosedur kecemasan
                                • latihan yang khusus kepada koronavirus (COVID-19)
                                • polisi kawalan jangkitan
                                • kebersihan tangan
                                • apa yang perlu dibuat apabila mereka berasa tidak sihat
                                • cara untuk menimbulkan kebimbangan

                              Di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2004 (Akta OHS) majikan mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan dan menyelenggara, di mana yang munasabah secara praktik, persekitaran kerja yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan pekerja, termasuk kontraktor bebas. Ini termasuk mengelakkan risiko kepada kesihatan, termasuk kesihatan psikologi, dan keselamatan yang berkaitan dengan pendedahan berpotensi  koronavirus (COVID-19).

                              Pekerja mempunyai tanggungjawab untuk menjaga secara munasabah kesihatan dan keselamatan diri sendiri dan orang lain di tempat kerja dan bekerjasama dengan majikan mereka tentang sebarang tindakan yang mereka ambil untuk mematuhi Akta atau Peraturan OHS.

                              Mengenal pasti risiko dalam industri pertanian

                              Majikan mesti mengenal pasti bahaya dan, jika perlu, menilai tahap risiko kepada kesihatan pekerja daripada pendedahan kepada coronavirus (COVID-19) di tempat kerja mereka.

                              Ini mesti dilakukan melalui perundingan dengan wakil kesihatan dan keselamatan (HSR), jika ada, dan pekerja, sejauh mana yang boleh dipraktikkan secara munasabah.

                              Risiko untuk pekerja dalam industri pertanian termasuk:

                              • berkongsi kemudahan di tempat kerja dan dalam penyesuaian kumpulan, seperti tandas, dapur dan kawasan rehat bersama
                                • pengangkutan berkongsi atau berkumpulan, umpamanya berulang-alik antara tempat tinggal dan tempat kerja
                                  • kerja yang memerlukan pekerja berada dalam hubungan rapat dengan orang lain
                                    • berkongsi alat, loji atau peralatan

                                      Risiko menyebarkan koronavirus (COVID-19) yang meningkat akan berlaku apabila:

                                      • pekerja tidak berhak untuk mendapat cuti sakit (seperti pekerja kasual) dan mungkin terus bekerja walaupun mereka tidak sihat
                                        • pekerja tidak mendapatkan rawatan perubatan sekiranya mereka jatuh sakit, misalnya ketika pekerja bermusim, kontrak dan kasual tidak mempunyai hubungan dengan GP tempatan
                                          • pekerja tidak tahu di mana untuk mengakses maklumat yang boleh dipercayai, atau maklumat dalam bahasa yang sesuai mengenai keselamatan dan langkah berjaga-jaga coronavirus (COVID-19)

                                            Untuk maklumat lanjut,  rujuk kepada pautan berkaitan di bawah.

                                            Risiko kelesuan dalam industri pertanian

                                            Wabak koronavirus (COVID-19) telah mengubah persekitaran kerja dan tempat tinggal bagi banyak pekerja di industri pertanian. Faktor-faktor seperti peningkatan tekanan dalam kehidupan peribadi dan kerja, perubahan terhadap persekitaran kerja dan peningkatan tuntutan kerja, boleh meningkatkan risiko kelesuan di tempat kerja. Kelesuan boleh menjejaskan kesihatan seseorang dan meningkatkan kemungkinan kecederaan di tempat kerja.

                                            Mengawal risiko-risiko

                                            Sekiranya risiko kepada kesihatan dikenal pasti di tempat kerja, majikan mesti,sejauh mana yang boleh dilakukan secara praktik , menghapuskan risiko tersebut. Di mana tidak mungkin untuk menghapuskan risiko ini, ia mesti dikawal, sejauh mana yang boleh dilakukan secara praktik.

                                            Berunding dengan pekerja

                                            Majikan mempunyai kewajipan untuk berunding dengan pekerja, kontraktor bebas dan mana-mana (HSR), sejauh mana yang boleh dilakukan secara praktik, mengenai perkara yang berkaitan dengan kesihatan atau keselamatan yang menjejaskan secara langsung, atau berkemungkinan akan menjejaskan mereka secara langsung. Ini termasuk perundingan mengenal pasti bahaya atau risiko dan keputusan tentang cara untuk mengawal risiko yang berkaitan dengan koronavirus (COVID-19). Perundingan ini harus dijalankan mengikut mana-mana prosedur perundingan yang dipersetujui.

                                            Jenis langkah kawalan yang diperlukan bergantung kepada tahap risiko serta ketersediaan dan kesesuaian kawalan untuk setiap tempat kerja, termasuk tempat kerja individu.

                                            Pencetusan

                                            Proses pencetusan yang menyeluruh boleh mengurangkan risiko kepada kesihatan dan keselamatan, dan harus termasuk:

                                            • memberikan pencetusan penuh dan orientasi ke dalam peranan
                                              • menyediakan kenalan sokongan
                                                • latihan dalam polisi dan prosedur yang relevan, umpamanya, laporan kejadian kawalan jangkitan, dan kawalan-kawalan khusus yang berkaitan dengan koronavirus  (COVID-19)

                                                  Pastikan pekerja tahu apa yang harus dibuat

                                                  Tanggungjawab majikan untuk menghapuskan atau mengurangkan risiko berkaitan dengan pendedahan kepada koronavirus (COVID-19)  sejauh mana yang boleh dipraktikkan secara munasabah termasuk memastikan bahawa:

                                                  • pekerja tahu apa yang perlu dibuat atau siapa untuk diberitahu jika mereka berasa tidak sihat atau mengesyaki bahawa mereka dijangkiti, mengikut maklumat yang dberikan oleh  DHHS (lihat pautan di bawah)
                                                    • mana-mana pekerja yang tidak sihat tidak dibenarkan ke tempat kerja, termasuk pekerja yang telah diuji untuk koronavirus (COVID-19) atau orang yang disahkan sebagai kes koronavirus (COVID-19)

                                                      Sekiranya pekerja mendapat simptom koronavirus (COVID-19), walaupun ringan,  mereka harus:

                                                      • segera mengasingkan diri, dapatkan nasihat daripada doktor mereka atau talian penting 24 jam koronavirus DHHS di 1800 675 398, dan menjalani ujian
                                                        • beritahu majikan mereka secepat mungkin, ikuti prosedur di tempat kerja mereka, dan kemas kinikan majikan mereka jika keadaan mereka berubah (contohnya jika mereka menerima diagnosis positif koronavirus (COVID-19)

                                                          Notifiable incidents and coronavirus (COVID-19)

                                                          From 28 July 2020 new temporary regulations under the Occupational Health and Safety Act 2004 specify when employers and self-employed persons must notify WorkSafe of a confirmed diagnosis of coronavirus (COVID-19) in the workplace. For more information see the guidance Notifiable incidents involving coronavirus (COVID-19).

                                                          Penyaringan

                                                          Majikan harus melaksanakan proses penyaringan untuk meminimumkan pengenalan koronavirus (COVID-19) ke tempat kerja. Ini mungkin termasuk menanya pekerja sebelum mereka masuk ke tempat kerja jika mereka:

                                                          • mempunyai sebarang simptom koronavirus (COVID-19)
                                                            • mempunyai hubungan dengan sebarang kes koronavirus (COVID-19) yang disahkan
                                                              • tertakluk kepada sebarang arahan kesihatan (seperti pengasingan, kuarantin atau berkaitan dengan perjalanan)

                                                                Untuk memastikan hubungan orang ke orang diminimumkan, penyaringan mungkin dalam bentuk penilaian diri yang dapat dilengkapkan oleh pekerja sebelum menghadiri tempat kerja untuk setiap giliran.

                                                                Soal selidik kesihatan kakitangan koronavirus (COVID-19) di laman web Business Victoria adalah alat penyaringan yang berguna untuk majikan (pautan di bawah).

                                                                Pemetaan tempat kerja

                                                                Sekiranya pekerja disahkan menghidap koronavirus  (COVID-19), mereka yang berpotensi terjejas perlu dikenal pasti dengan cepat.

                                                                Untuk membolehkan penjejakan orang yang berhubungan dengan kes yang disahkan, majikan harus melaksanakan proses untuk merekod jadual dan lokasi kerja untuk pekerja.

                                                                Rekod tersebut harus termasuk:

                                                                • Hari dan masa kerja tersebut dilakukan
                                                                  • ahli-ahli pasukan yang bekerja bersama-sama
                                                                    • kawasan kerja spesifik
                                                                      • sebarang waktu rehat yang diambil, termasuk masa dan lokasi

                                                                        Berulang-alik antara lokasi tempat kerja, atau kawasan dalam tempat kerja yang besar, harus diminimumkan sebanyak mungkin.

                                                                        Sekiranya perlu menghadiri berbilang lokasi, pergerakan antara lokasi harus direkodkan dalam pemetaan tempat kerja.

                                                                        Penjarakan fizikal

                                                                        Penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter harus dilaksanakan di mana mungkin. Majikan harus pertimbangkan setiap tugas kerja dan sama ada terdapat cara alternatif yang selamat untuk melakukan pekerjaan dengan jarak meningkat antara pekerja.

                                                                        Langkah kawalan lain mungkin termasuk:

                                                                        • menandakan jarak yang selamat di tempat kerja, singgah dan kawasan rehat (contohnya di lantai dan dinding)
                                                                          • pertimbangkan corak giliran yang berbeza untuk meminimumkan bilangan pekerja di tapak kerja (umpamanya memperkenalkan giliran pagi dan petang)
                                                                            • mengatur waktu permulaan, rehat dan tamat untuk mengelakkan kesesakan di kawasan lalu lintas tinggi dan meminimumkan pekerja dari berhubungan antara satu sama lain semasa mereka bergerak di sekitar tapak kerja
                                                                              • merancang bagaimana penjarakan fizikal akan dikekalkan semasa cuaca buruk (umpamanya menggunakan bilik makan tengah hari dan kemudahan-kemudahan)
                                                                                • memasang halangan fizikal sementara (seperti skrin plastik) antara tempat kerja, di mana sesuai
                                                                                  • menyebarkan perabot di kawasan sepunya untuk mengekalkan keperluan penjarakan fizikal. Apabila bertukar susun atur fizikal tempat kerja, pastikan susun atur itu membenarkan kemasukan, keluar dan pergerakan di sekitar tempat kerja.
                                                                                    • mengarah pemandu penghantaran untuk kekal dalam kenderaan dan menggunakan cara-cara tanpa bersentuhan (seperti telefon bimbit) untuk berkomunikasi dengan pekerja, di mana mungkin
                                                                                      • menjadualkan pekerja yang berkongsi tempat tinggal bersama kepada unit kerja khusus, untuk mengurangkan kemungkinan penularan koronavirus (COVID-19) antara pekerja yang tidak tinggal bersama. Unit kerja khusus masih harus mengamalkan penjarakan fizikal di mana mungkin dan harus diasingkan daripada unit kerja lain (umpamanya tidak berkongsi tempat tinggal atau kemudahan pengangkutan).

                                                                                        Di mana tidak mungkin untuk menjalankan tugas kerja dan memastikan penjarakan fizikal, tindakan kawalan lain perlu dilaksanakan. Umpamanya:

                                                                                        • mengurangkan interaksi orang ke orang yang perlu diselesaikan dalam jarak 1.5 meter
                                                                                          • mengurangkan bilangan individu yang terlibat dalam aktiviti yang perlu dilakukan dalam jarak 1.5 meter satu sama lain
                                                                                            • memberikan kelengkapan perlindungan diri (PPE) (seperti sarung tangan, topeng, pelindung muka).

                                                                                              Nota: PPE merupakan perlindungan sebagai  jalan terakhir, dan hanya harus digunakan dalam situasi tertentu.

                                                                                              Maklumat lanjut mengenai penggunaan selamat PPE dinyatakan di bawah.

                                                                                              Pengumpulan pekerja dan latihan

                                                                                              Jika majikan mesti mengadakan mesyuarat bersemuka atau latihan dengan pekerja, kemudian pastikan bahawa:

                                                                                              • pekerja berada sekurang-kurangnya pada jarak 1.5 meter berasingan dan dengan sekurang-kurangnya 4 meter persegi ruang setiap orang
                                                                                                • masa bersemuka dihadkan
                                                                                                  • bilangan orang yang hadir adalah terhad mungkin
                                                                                                    • jika berada di dalam, kawasan itu cukup diudarakan
                                                                                                      • di mana saja mungkin, gantikan mesyuarat semuka dan latihan dengan video dan telepersidangan.

                                                                                                        Kebersihan

                                                                                                        Mengekalkan kebersihan yang baik boleh mencegah penyebaran koronavirus (COVID-19). Majikan harus:

                                                                                                        • Pastikan semua pekerja mengikuti amalan kebersihan yang baik, termasuk:
                                                                                                          • kerap mencuci tangan dengan sabun dan air untuk sekurang-kurangnya 20 saat
                                                                                                          • menutup batuk dan bersin, atau batuk ke dalam siku atau bahu mereka
                                                                                                          • mengelakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut
                                                                                                        • Paparkan maklumat kebersihan di lokasi yang menonjol di tempat kerja seperti bilik rehat makan, bangsal kerja dan tandas dan dalam format yang difahami oleh semua pekerja.
                                                                                                          • Sediakan pembersih tangan berasas alkohol di pintu masuk dan keluar tempat kerja, dan di semua bilik makan dan rehat.
                                                                                                            • Berkomunikasi dengan kakitangan mengenai lokasi pembersih tangan dan galakkan penggunaan yang kerap.
                                                                                                              • Berbincang keperluan kebersihan dengan pekerja dengan kerap dan menyelia untuk memastikan bahawa ia diikuti.
                                                                                                                • Mengarah pemandu penghantaran yang melawat dan kontraktor untuk menggunakan pembersih tangan berasas alkohol sebelum mengendalikan barangan yang dihantar.
                                                                                                                  • Pastikan kemudahan cuci tangan, jika tidak mungkin, pembersih tangan berasas alkohol, adalah tersedia untuk pekerja selepas mengendalikan penghantaran secara fizikal.

                                                                                                                    Kemudahan

                                                                                                                    Majikan mesti memastikan bahawa pekerja mempunyai akses kepada kemudahan yang sewajarnya. Majikan harus mengkaji semula dan menyemak bilangan dan lokasi kemudahan, untuk mengurangkan pergerakan di sekitar tempat kerja.

                                                                                                                    Kemudahan mestilah termasuk:

                                                                                                                    • kemudahan cuci tangan (sama ada kekal atau sementara), seperti singki, aliran air bersih, sabun dan tuala kertas, ditempatkan di lokasi strategik untuk memastikan pekerja dapat mengaksesnya tepat pada masanya
                                                                                                                      • akses kepada pembersih tangan
                                                                                                                        • tong sampah dengan penutup bebas sentuhan (seperti tong rakap kaki).
                                                                                                                          • pensanitasian kerap dan betul-betul
                                                                                                                            • sistem pengurusan sisa yang sesuai

                                                                                                                              Alat, loji dan peralatan dikongsi

                                                                                                                              Elakkan penggunaan alat, loji dan peralatan berkongsi di mana mungkin.

                                                                                                                              Di mana tidak mungkin untuk menghapuskan penggunaan berkongsi, majikan harus:

                                                                                                                              • Sediakan produk pencuci (seperti semburan alkohol atau larutan) di mana alat bersama, loji dan peralatan terletak.
                                                                                                                                • Simpan produk pencuci dengan alat, loji dan peralatan semasa mereka beredar di sekeliling tempat kerja.
                                                                                                                                  • Pastikan semua operator betul-betul mencuci atau membersihkan tangan mereka sebelum dan selepas setiap penggunaan.
                                                                                                                                    • Pastikan semua bahagian alat, loji dan peralatan (termasuk pemegang dan susur tangan) dilap sebelum dan selepas digunakan.

                                                                                                                                      Penggunaan telefon berkongsi, meja, pejabat, komputer dan peranti lain harus dielakkan. Di mana ini tidak mungkin, barang-barang ini harus dinyahjangkit dengan kerap.

                                                                                                                                      Pembersihan

                                                                                                                                      Pembersihan menyeluruh dan teratur perlu dilakukan untuk semua:

                                                                                                                                      • kawasan-kawasan kerja
                                                                                                                                        • kawasan singgah (seperti kereta, bas dan bas mini)
                                                                                                                                          • kawasan rehat untuk makan dan bersama
                                                                                                                                            • kemudahan berkongsi (seperti bilik mandi dan dapur)
                                                                                                                                              • peralatan dikongsi

                                                                                                                                                Latihan tentang penggunaan selamat  bahan kimia dan kebersihan diri mesti diberikan kepada mana-mana orang yang melakukan kerja pembersihan.

                                                                                                                                                Pembersihan mesti dilakukan mengikut maklumat DHHS tentang pembersihan dan menyahjangkit untuk tapak pembinaan dan perniagaan (lihat pautan di bawah).

                                                                                                                                                Kelengkapan perlindungan diri

                                                                                                                                                Majikan mesti memberikan maklumat, arahan dan latihan atas penggunaan selamat, dekontaminasi, penyelenggaraan dan pembuangan sebarang PPE yang diberikan. Mereka juga mesti memberikan mana-mana penyeliaan yang perlu.

                                                                                                                                                Sebarang PPE yang diberikan mestilah praktik untuk persekitaran kerja (contohnya membolehkan penglihatan dan pergerakan yang perlu) dan didekontaminasikan atau dibuang dengan betul pada akhir setiap giliran.

                                                                                                                                                Majikan harus memantau dan menggalakkan penggunaan PPE yang betul, contohnya menyediakan maklumat pada poster tentang:

                                                                                                                                                • mencuci atau mensanitasikan tangan sebelum memakai PPE, dan memakai perlindungan muka sebelum memakai sarung tangan
                                                                                                                                                  • Menanggalkan sarung tangan sebelum perlindungan muka, mencuci atau mensanitasikan tangan selepas menanggalkan PPE dan mendekontaminasikan  atau membuang PPE yang digunakan dengan selamat.

                                                                                                                                                    Menguruskan kelesuan berkaitan dengan pekerjaan

                                                                                                                                                    Majikan mesti mengenal pasti bahaya kelesuan di tempat kerja, menilai dan mengawal risiko, sejauh mana yang boleh dilakukan secara praktik.

                                                                                                                                                    Langkah kawalan mungkin termasuk:

                                                                                                                                                    • memastikan pekerja mempunyai peluang tidur dan pemulihan yang mencukupi untuk mengurangkan risiko kelesuan
                                                                                                                                                      • membuat peraturan jadual kerja untuk mengurangkan kelesuan yang:
                                                                                                                                                        • membolehkan minimum sepuluh jam antara giliran
                                                                                                                                                        • meminimumkan giliran malam yang berurutan
                                                                                                                                                        • membolehkan tidur pemulihan dua malam setelah satu set giliran malam.
                                                                                                                                                      • memastikan proses dilaksanakan untuk meminimumkan pelanggaran peraturan jadual kerja berdasarkan kelesuan, seperti pertukaran giliran dan kerja lebih masa
                                                                                                                                                        • proses untuk menilai dan melaporkan kelesuan pekerja dan kesejahteraan psikologi.

                                                                                                                                                          Berulang alik ke, dari dan sekeliling kerja

                                                                                                                                                          Apabila majikan atau majikan tuan rumah menyediakan pengangkutan untuk pekerja, mereka harus:

                                                                                                                                                          • Mengelakkan mengambil berbilang pekerja dalam kereta atau bas, melainkan mereka tinggal serumah bersama-sama.
                                                                                                                                                            • Di mana pekerja dari perumahan yang berbeza mesti mengembara bersama-sama, kekalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5m antara penumpang semasa pengangkutan, di mana mungkin.
                                                                                                                                                              • Tetapkan penyaman udara kepada aliran udara luaran bukannya untuk  kitaran semula, atau buka tingkap di mana sesuai.
                                                                                                                                                                • Membersih dan menyahjangkit permukaan yang kerap disentuh (seperti pintu, susur tangan, tali pinggang keledar dan tingkap) dengan larutan pembersih dan pembasmi kuman yang sesuai di antara setiap perjalanan.
                                                                                                                                                                  • Sekiranya pengangkutan disediakan oleh firma pengambilan pekerja, berunding dengan firma pengambilan pekerja mengenai bagaimana ini akan berlaku.

                                                                                                                                                                    Menampung pekerja

                                                                                                                                                                    Apabila majikan atau majikan tuan rumah menampung pekerja, mereka harus memastikan:

                                                                                                                                                                    • kemudahan yang mencukupi dan mudah dicapai untuk menyokong pelaksanaan penjarakan fizikal dan kebersihan yang baik
                                                                                                                                                                      • pengaturan disediakan untuk membolehkan pekerja memenuhi keperluan pengasingan diri, jika diperlukan
                                                                                                                                                                        • tempat penginapan dibersihkan dan dinyahjangkit sebelum pekerja tiba, setelah mereka pergi, dan sekerap mungkin sepanjang penginapan mereka
                                                                                                                                                                          • Jika tempat penginapan disediakan oleh firm pengambilan pekerja, berunding dengan firma pengambilan pekerja mengenai bagaimana ini akan dilaksanakan.

                                                                                                                                                                            Apakah yang perlu dibuat jika seseorang pekerja menghidap koronavirus (COVID-19

                                                                                                                                                                            Sekiranya berlaku kes koronavirus (COVID-19) yang disyaki atau disahkan, DHHS akan menghubungi individu tersebut untuk mengenal pasti kenalan rapat.

                                                                                                                                                                            Sekiranya pekerja telah menghadiri tempat kerja mereka semasa mereka dijangkiti dan mempunyai hubungan rapat dengan pekerja lain, DHHS akan menghubungi majikan.

                                                                                                                                                                            Majikan harus menetapkan rancangan dan prosedur gerak balas untuk kes yang disyaki dan disahkan, yang harus termasuk:

                                                                                                                                                                            • pengaturan untuk rundingan dan komunikasi dengan pekerja, termasuk memastikan butiran hubungan adalah mutakhir
                                                                                                                                                                              • mengekalkan maklumat pemetaan tempat kerja
                                                                                                                                                                                • Kenal pasti lokasi tapak pembinaan untuk pembersihan dan penyahjangkitan
                                                                                                                                                                                  • melaksanakan rejim pembersihan dan penyahjangkitan yang sesuai, yang harus diselia oleh orang yang kompeten, sebelum membenarkan masuk semula ke kawasan terjejas
                                                                                                                                                                                    • memberikan pekerja maklumat relevan sebelum memasuki semula ke tapak kerja dan menyambung semula kerja
                                                                                                                                                                                      • mengkaji semula dan menyemak sistem untuk memastikan bahawa risiko dikawal dengan berkesan, melalui perundingan dengan sebarang HSR dan pekerja.

                                                                                                                                                                                        Tugas undang-undang

                                                                                                                                                                                        Majikan mempunyai tugas di bawah Akta OHS, yang termasuk bahawa mereka mesti,  sejauh mana yang boleh dipraktikkan secara munasabah:

                                                                                                                                                                                        • Menyediakan dan mengekalkan persekitaran kerja yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan pekerja dan kontraktor bebas.
                                                                                                                                                                                          • Di mana risiko kepada kesihatan dikenal pasti di tempat kerja, menghapuskan risiko tersebut. Di mana tidak mungkin untuk menghapuskan risiko ini, kurangkannya, sejauh mana yang boleh dilakukan secara praktik.
                                                                                                                                                                                            • Menyediakan kemudahan yang mencukupi untuk kebajikan pekerja dan kontraktor bebas.
                                                                                                                                                                                              • Memberikan maklumat sedemikian, arahan, latihan atau penyeliaan kepada pekerja dan kontraktor bebas sebagaimana yang diperlukan untuk membolehkan pekerja-pekerja tersebut menjalankan kerja mereka dalam cara yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
                                                                                                                                                                                                • Memberikan maklumat berkenaan dengan kesihatan dan keselamatan kepada pekerja, termasuk (di mana sesuai) dalam bahasa selain daripada Bahasa Inggeris.
                                                                                                                                                                                                  • Memantau kesihatan pekerja majikan.
                                                                                                                                                                                                    • Memantau keadaan di sebarang tempat kerja di bawah pengurusan dan kawalan majikan.
                                                                                                                                                                                                      • Memastikan bahawa orang selain daripada pekerja majikan tidak terdedah kepada risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang timbul daripada usaha majikan.
                                                                                                                                                                                                        • Berunding dengan pekerja dan HSR, jika ada, mengenai perkara yang berkaitan dengan kesihatan atau keselamatan yang menjejaskan atau berkemungkinan menjejaskan mereka secara langsung.

                                                                                                                                                                                                          Orang yang bekerja sendiri mesti memastikan, sejauh mana yang mungkin secara praktik, bahawa orang tidak terdedah kepada risiko terhadap kesihatan dan keselamatan mereka yang timbul daripada cara mereka menjalankan perniagaan mereka.

                                                                                                                                                                                                          Orang yang mempunyai pengurusan atau kawalan di tempat kerja mesti memastikan, sejauh mana yang mungkin secara praktik, bahawa tempat kerja dan cara memasuki dan meninggalkannya adalah selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.

                                                                                                                                                                                                          Pekerja juga mempunyai tanggungjawab di bawah Akta OHS, yang termasuk bahawa mereka mesti:

                                                                                                                                                                                                          • Menjaga kesihatan dan keselamatan diri sendiri sewajarnya
                                                                                                                                                                                                            • Menjaga kesihatan dan keselamatan sewajarnya orang yang mungkin terjejas oleh tindakan atau kelalaian pekerja di tempat kerja.
                                                                                                                                                                                                              • Bekerjasama dengan majikan mereka dari segi sebarang tindakan yang diambil oleh majikan untuk mematuhi syarat yang dikenakan oleh atau di bawah Akta OHS.